LAYERED HIJAB : TUDUNG IDENTITI MALAYSIA
Pasti ke ni? Yes, kami pasti. Kalau di rujuk kepada semua bentuk hijab/tudung yang terdapat di dunia, design berlayer dan berawning begini hanya terdapat di samada di Indonesia dan Malaysia tetapi masing-masing ada identitinya sendiri. Dan kami telah menghasilkan tudung-tudung berlayer begini sejak 10 tahun yang lepas.
Tudung layer adalah produk signature kami. Kami sediakan pelbagai bentuk pilihan untuk disesuaikan dengan pilihan individu tertentu. Contohnya ada yang sukakan visor/awning yang keras kerana nampak formal, tetapi ada juga yang menyukai awning yang lembut kerana sesuai dengan bentuk muka.
Kami juga pilihan labuh untuk disesuaikan dengan susuk fizikal pengguna.
Tudung kami di datangkan dengan 3 jenis kelabuhan iaitu S1 , S2 , S3 .
Awning atau visor tudung pula ada 2 iaitu Hard Visor dan Soft Visor dan untuk size muka juga ada 2 pilihan iaitu size M dan L yang membuat kan tudung lagi nampak terletak dan on point.